Hiburan

Isteri Badrol Shah tumpas pada Varian Delta, meninggal dunia hari ini

SETELAH bertarung nyawa selama 45 hari akhirnya isteri Badrol Shah yang dijangkiti virus Covid-19 meninggal dunia hari ini. Berita sedih ini disampaikan oleh Badrol Shah menerusi laman sosial Instagram beliau.

Menurut catatan Badrol Shah, allahyarhamah isterinya, Farah Sheila Mazlan kembali ke rahmatullah pada pukul 8.15 pagi tadi akibat Covid-19.

Catat Badrol Shah lagi, isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah 45 hari bertarung nyawa melawan Covid.

Dua jam yang lalu, Badrol Shah berada di HKL menunggu proses pengurusan jenazah selesai.

Beliau dan anak-anaknya reda dengan pemergian Sheila dan menerima dugaan ini sebagai ketentuan Ilahi.

Badrol Shah bagaimanapun masih belum membuat keputusan di manakah jenazah isterinya akan dikebumikan.

Pada 11 Ogos lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita kematian isteri Badrol Shah sedangkan pada ketika itu, isterinya masih hidup.

Allaharhamah Farah Shiela yang berkahwin dengan Badrol Shah pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Da’aiyatul Insyirah, 2,  dijangkiti varian Delta pada 20 Julai lalu.

Allahyarhamah yang pernah berkahwin sebelum ini, meninggalkan tiga orang anak perempuan berusia 7 hingga 12 tahun yang kini dalam jagaan dan tanggungan Badrol Shah.

Allahyarhamah Farah Sheila yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Lembah Keramat, setelah dijangkiti Covid-19, terpaksa dikomakan ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

Badrol Shah sekeluarga termasuk keempat-empat orang anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan selesai menjalani kuarantin kendiri di rumah pada 1 Ogos lalu. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button