Politik

Lantik Ismail Sabri dan Hishammuddin dalam Jemaah Menteri cetuskan kegelisahan

JANGAN beri jawatan dalam Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Itu amaran yang diberi oleh ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Azmil Tayeb menurut laporan portal berita FMT.

Azmil juga berkata yang sama terhadap bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kata Azmil, pelantikan mereka, Ismail Sabri dan Hishammuddin, mungkin mengecewakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana kedua-dua pemimpin UMNO itu menolak PH.

Selain itu, kata Azmil lagi, tindakan sebegitu iaitu melantik Ahli Parlimen Bera, Pahang, Ismail Sabri dan Hishammuddin disifatkan beliau sebagai satu tindakan yang tidak bijak dari segi politik.

Beliau berkata, Ismail Sabri dan Hishammuddin telah menegaskan sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan bahawa mereka tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan PH.

“Memberi mereka jawatan dalam Jemaah Menteri akan memperkasakan mereka dalam UMNO dan ini bukan sesuatu yang Ahmad Zahid mahukan,” kata Azmil kepada FMT yang menyatakan dengan jelas pandangannya sebagai seorang ahli akademik USM.

Kata Azmil, Perdana Menteri tidak perlu memikirkan perasaan Ismail Sabri dan Hishammuddin ketika membentuk Jemaah Menteri.

Alasan Azmil, ini kerana beliau perlu mengekalkan UMNO dalam kerajaan.

“Ini memerlukan kerjasama dengan Ahmad Zahid dan sekutunya,” ujar Azmil.

Semalam, sumber memberitahu FMT bahawa Jemaah Menteri Anwar mungkin tidak menyenaraikan Hishammuddin dan Ismail Sabri kerana kedua-dua mereka ini menentang kerjasama BN-PH walaupun mereka berpengalaman luas dalam kerajaan. – SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button