Politik

UMNO Pahang sokong Ismail Sabri kekal PM hingga 2023

CAMERON HIGHLAND – UMNO Bahagian Cameron Highland sebulat suara meluluskan usul menyokong kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Parlimen ini pada 2023.

Malahan UMNO yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, turut mengusulkan agar Ismail Sabri dijadikan calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain UMNO Bahagian Cameron Highland, UMNO Bahagian Bukit Bintang, Ketereh dan Tenggara membawa usul yang sama semalam dan hari ini.

Usul yang dibawa oleh Ketua Puteri UMNO Pahang, Masliana Ahmad tersebut diluluskan sebulat suara oleh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Camaron Highland yang berakhir sebentar tadi.

Menurut Masliana usul ini dibuat kerana menyedari kestabilan politik penting dipertahankan dalam masa pendemik Covid-19 masih lagi menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup rakyat.

“Kita menyedari bahawa keadaan negara sedang menghadapi cabaran getir khususnya dalam soal politik dan ekonomi. Maka kita hendaklah memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab besar beliau di dalam memacu kembali negara ini ke landasan yang betul.”

Usul UMNO Bahagian Cameron turut menyatakan sokongan penuh ke atas institusi Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam untuk menentukan hala tuju parti khususnya di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang.-SUARATV

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button