Hiburan

Tayangan Prebet Sapu dikurangkan gara-gara Spiderman

FILEM pertama arahan Muzzamer Rahman, Prebet Sapu telah mula ditanyangkan di pawagam seluruh Malaysia, Khamis lali dan telah mendapat pujian orang ramai.

Prebet Sapu juga dikatakan bakal mewakilii Malaysia pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), tahun depan.

Bagaimanapun, terdapat satu isu yang timbul pada hari pertama tayangan filem tersebut, ada yang mendakwa pawagam sengaja mengurangkan jumlah tayangan filem tersebut untuk memberi laluan kepada filem Spider-Man:No Way Home terbitan Marvel Studio.

Perkara tersebut telah disuarakan oleh penulis buku dan Ahli Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Daniyal Kadir di Twitter miliknya.

“Hari pertama tayangan Prebet Sapu dah ada panggung wayang yang sengaja cipta masalah. Kurangkan jumlah tayangan, batalkan tayangan sebab nak beri laluan kepada Spiderman.

“Bila pandemik melanda, bukan main semua panggung wayang minta sedekah, Tolong kami! Tolong kami!,” ciapan Daniyal.

Tambahnya, bila pawagam sudah boleh beroperasi, ‘perangai lama’ pawagan juga kembali iaitu menindas filem tempatan yang mana bertentangan dengan kempen wajib tayang buat filem terbitan tempatan.

Isu tersebut telah mendapat perhatian Amerul Affendi yang merupakan pelakon filem Prebet Sapu yang turut berkongsi semula status Daniyal di akaun Twitternya.

Amerul dalam statusnya bertanyakan adakah perkara itu benar masih berlaku dan meminta orang ramai berkongsi jika perkara itu benar berlaku.

Dalam pada itu, isu ini telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata mengatakan perkara itu bukan pertama kali berlaku di mana filem tempatan ditindas oleh pawagam tempatan.

Orang ramai berpendapat bahawa pihak pawagam sepatutnya memberikan layanan adil kepada filem tempatan. -SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button