Rencah Hidup

Esok boleh naik tren Bukit Bendera!

PERKHIDMATAN kereta api funikular Bukit Bendera di Pulau Pinang akan kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai bermula esok, selaras dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor pelancongan domestik di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataannya memaklumkan, perjalanan pertama dari “Stesen Bawah” akan bermula pada pukul 6.30 pagi manakala perjalanan terakhir dari “Stesen Atas” adalah pada pukul 11 malam.

“Pelawat dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan PBBPP bagi mengelak penularan COVID-19,” menurut kenyataan itu.

“Pelawat juga dinasihatkan supaya membawa dan memakai pelitup muka masing-masing, masuk menerusi laluan PGCare, menjalani saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan, mengamalkan jarakan sosial, dan mematuhi arahan petugas PBBPP,” tambahnya.

“Astaka akan dibuka semula pada 15 Jun, sila ikuti Facebook rasmi PBBPP https://www.facebook.com/mypenanghill untuk maklumat terkini. PBBPP juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam mematuhi SOP normal baharu bagi menghalang penularan COVID-19,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

(Visited 578 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button