Politik

Radzi Jidin menang di Putrajaya

KEPUTUSAN rasmi P125 Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malam ini.

Radzi menang dengan 2,310 majoriti menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Radzi memperoleh 16,002 undi, Tengku Adnan, 13,692 manakala calon Pakatan Harapan (PH), Noraishah Mydin Abdul Aziz memperoleh 5,988 undi.

Tiga lagi calon yang bertanding, dari Pejuang manakala dua lagi calon Bebas.

Di Kuantan, calon PN, Wan Razali Wan Nor menang dengan majoriti 2,866.

Di Arau, Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN menang.

Beliau berjaya membuktikan bahawa ditolak oleh Barisan Nasional (BN), beliau masih diterima oleh para pengundi di Arau dengan memperoleh 31,408 undi.

Shahidan wakil rakyat Arau!  – SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button