Uncategorized

Lagu Gatal terus tular apabila Janna Nick cuma mampu ‘miming’ dalam AIM 23

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Gatal, Janna Nick memohon maaf atas aksinya mempersembahkan lagu ‘viral’ itu secara ‘miming’ di pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23, malam tadi.

Tindakan Janna dikritik netizen malah didakwa memalukan AIM yang selama ini dianggap pentas berprestij yang menampilkan penyanyi dan pemuzik hebat dalam setiap edisi penganjurannya.

Melalui hantaran Instagram (IG), Janna memohon maaf dan mendakwa dia bukan sengaja beraksi secara ‘miming’, sebaliknya, berpunca kesihatan yang terjejas.

“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 apabila ‘miming’ di pentas berprestij itu.

“Peluang untuk beraksi di pentas besar sebaris penyanyi hebat tanah air memang sudah lama saya impikan .


“Kali pertama ditawarkan, saya sangat berbesar hati. Namun, sejak dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” katanya.

Sejurus tampil di pentas AIM 23 malam tadi, aksi Janna yang mendendangkan single Gatal secara ‘miming’ dikritik peminat.

Rata-rata netizen menganggap aksi Janna mencemar martabat AIM.

Namun, ada juga yang berpendapat aksi ‘miming’ adalah pilihan terbaik bagi Janna yang mungkin hanya memalukan diri sendiri jika menyanyi secara ‘live’.

Janna berkata, biarpun dinasihati doktor agar berehat, selain AIM 23, dia meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2 serta memenuhi undangan di Jakarta, Indonesia dan Singapura.

“Tanpa sedar, pilihan saya memakan diri.

“Terima kasih kepada Warner Music, Efry Arwis dan Sabrina Azman kerana berusaha mengembalikan suara saya… Segala kesulitan amat dikesali,” katanya melalui hantaran itu.

Pada AIM 23, muzik video Gatal arahan Chuan Looi diumumkan pemenang kategori Muzik Video Terbaik.

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button