KesihatanNasionalUncategorized

PICKids di Perlis gagal capai sasaran

PEMBUKAAN tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di tiga buah sekolah rendah di Perlis masih gagal mencapai angka yang memberangsangkan.

Pegawai Penyelaras Program PICKids Perlis, Dr. Izwana Hamzah berkata, setakat ini hanya 200 hingga 300 sahaja pelajar yang hadir untuk disuntik setiap hari.

PPV di sekolah masih kurang sambutan.

“Kita sasarkan 1,000 hingga 1,500 kanak-kanak disuntik memandangkan kes Covid-19 juga meningkat setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media semasa melawat ke PPV Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, Arau, Perlis.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Perlis, Rosaidi Che Yob.

Setakat ini katanya, terdapat tiga PPV iaitu SK Tambun Tulang, SK Arau dan Simpang Empat.

Beliau berkata, empat lagi PPV akan ditambah di sekolah rendah melibatkan Kangar tengah dan utara.

Bagaimanapun katanya, jumlah ibu bapa dan penjaga yang mendaftar anak-anak di Mysejahtera meningkat dari 2,000 kepada 3,000 orang.

Shahrul Nizam bersama dua anaknya Yusuf Atqaa (kanan) dan Harun Wajdie di PPV SK Tambun Tulang, Arau, Perlis.

Sementara itu, Shahrul Nizam Zaaba, 45, berkata, beliau telah mendaftar nama dua orang anaknya di MySejahtera.

Jelasnya, sebagai bapa, dia perlu positif mengenai pemberian vaksin demi memastikan kehadiran anak-anaknya ke sekolah lebih selamat dan bebas dari penularan Covid-19.

Shahrul Nizam berkata, anak-anak pula sebenarnya tidak sabar untuk divaksin supaya tidak lagi bimbang apabila berada di luar khususnya persekitaran persekolahan.

Kedua-dua orang anaknya, Yusuf Atqaa, 12, dan Harun Wajdie, 11,  tenang saja selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Nor Adibah Khairiah Teo Abdullah bersama anaknya Khairul Nazirah Khairul Nizam di PPV SK Tambun Tulang, Arau, Perlis.

Nor Adibah Khairiah Teo Abdullah, 46, turut  berasa lega kerana anaknya, Khairul Nazirah Khairul Nizam, 6, sudahpun disuntik vaksin Covid-19.

Katanya, dia tak menyangka anaknya mahu disuntik selepas mengikut kakaknya ke PPV.

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan sekurang-kurangnya, selepas anak-anak menerima suntikan vaksin, kita tidaklah begitu risau memikirkan mereka ke sekolah,” katanya. – SM

 

 

 

 

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan sekurang-kurangnya, selepas anak-anak menerima suntikan vaksin, kita tidaklah begitu risau memikirkan mereka ke sekolah,” katanya. – SM

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button