Uncategorized

Tengku Zafrul ziarah Makam Diraja Kota Melawati

Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menziarahi Makam Diraja Kota Melawati, Bukit Melawati di sini pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata, beliau dan keluarganya serta pembesar daerah dan istana menziarahi kawasan tersebut yang menempatkan tiga makam moyang-moyangnya yang merupakan Sultan Selangor pertama, kedua dan ketiga.

“Saya dan keluarga juga berkesempatan membaca tahlil di makam ini dan kemudian terus menunaikan solat Maghrib di Masjid Raja Lumu di kaki Bukit Melawati,” katanya pada sidang akhbar selepas menziarahi makam Diraja pada Jumaat.

Menurut Tengku Zafrul, kali terakhir beliau menziarahi makam diraja ketika bersama-sama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kira-kira lima bulan lalu.

“Sejarah kesultanan Melayu Selangor bermula di Kuala Selangor dan tiga makan pertama Sultan Selangor terletaknya di daerah ini dan seterusnya ibu kota Selangor berpindah ke Jugra, Klang dan sekarang di Shah Alam,” kata beliau.

Ditanya mengenai pembangunan yang boleh dirancang di Bukit Melawati, Tengku Zafrul memberitahu, terdapat banyak aktiviti pelancongan di kawasan terbabit.

“Saya nampak potensi pelancongan di sini dan kalau kita dapat bangunkan Kuala Selangor terutama Bukit Melawati seperti rumah rehat serta aktiviti di atas kaki bukit ini, ia sudah tentu dapat menarik pelancong.

“Selain itu, di Bukit Melawati ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan dari atas bukit untuk melihat Kuala Selangor,” kata beliau.

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button