Ekonomi

KWP sediakan lebih 118 lot perniagaan untuk belia di Putrajaya

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan telah menyediakan lebih 118 lot perniagaan kepada nak-anak belia kota yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Di bawah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota (PUAMK) Wilayah Persekutuan sebanyak 319 lot niaga Usahawan Anak Muda Kota (UMK) telah ditawarkan sejak 11 Mac 2021. Daripada jumlah itu 64 daripadanya adalah bagi UMK Putrajaya menerusi lot niaga di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj).

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, bgi pelaksanaan PUAMK Putrajaya, sasaran sebanyak 118 lot niaga secara keseluruhan disediakan kepada anak-anak belia Putrajaya yang telah bermula sejak November 2020.

“Sejak diumumkan pada Julai 2020, program PUAMK WP Putrajaya telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan bukan sahaja daripada warga Wilayah Persekutuan Putrajaya tetapi juga dari kawasan berhampiran.

“Namun keutamaan diberikan kepada warga Putrajaya khususnya golongan belia yang berusia 18 hingga 35 tahun dan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan aktiviti perniagaan akibat kesan pandemik Covid-19,” kata Annuar dalam satu kenyataan.


Menurutnya, bagi mengurangkan masalah bebanan sewa akibat kekurangan pelanggan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau telah mengarahkan PPj untuk mempertimbangkan pengecualian atau pengurangan sewaan sehingga 50 peratus bagi tempoh tiga hingga enam bulan.

Pengurangan sewaan itu bergantung kepada jenis dan premis perniagaan serta kadar sewaan.

“Saya berkesempatan untuk membuat tinjauan salah satu lot niaga UMK iaitu Kios Merah di Persiaran Perdana, Presint 2 pada hari ini untuk beramah mesra dan melihat sendiri perniagaan salah seorang pengusaha yang turut mendapat pengecualian sewaan sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Julai 2021.

“Saya amat berharap pelaksanaan program ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda di lokasi yang strategik sekitar Wilayah Persekutuan di samping memperkasakan usahawan mikro untuk lebih berdaya saing dalam menghadapi norma baharu,” kata Annuar.

Sebanyak 64 lot niaga UMK Putrajaya yang telah ditawarkan melibatkan Tapak Niaga Belia Hot Spot Presint 14 (30 lot), Food Truck di Hot Spot Presint 14 (5 lot), Kios Merah di Persiaran Perdana, Presint 2 (4 lot), Kios 8B di Persiaran Perdana, Presint 3 (1 lot), 12 unit push cart di Dataran Wawasan, Presint 2 dan 12 unit gerai Akie Burger di pelbagai Presint.

Manakala sebanyak 65 lot niaga UMK sedang dalam perancangan dan pembinaan meliputi pelbagai lokasi termasuk Kios Presint 6 dan Dataran Putra Presint 1 (8 unit), Putrajaya Sentral, Presint 7 (7 unit), Kompleks Kejiranan Presint 14 (5 unit), Kompleks Kejiranan Presint 18 (4 unit).

Kompleks Kejiranan Presint 5 (4 unit), Medan Selera Baharu Presint 8 (5 unit), Residensi Presint 19 (6 unit), Costa Coffee (3 unit) dan 23 unit di bawah Yayasan WP iaitu 21 unit di Box Park Presint 14, 1 kios PUAMK
dan 2 kios Laman Duta.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 230 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button