Ekonomi

Kerajaan setuju kecualikan CGT, cukai ke atas FSI untuk unit amanah

Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai ke atas pendapatan luar negara (FSI) untuk unit amanah, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2028 manakala pengecualian ke atas FSI mulai 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2026.
Amir Hamzah berkata, kerajaan akan terus menjadikan pelaburan pasaran modal di Malaysia mesra rakyat dengan pengenalan CGT dalam Belanjawan 2024.
“Skop kepada CGT tertumpu kepada keuntungan daripada penjualan saham tidak disenaraikan oleh syarikat. Penjualan saham senaraian dan penjualan oleh individu tidak tertakluk kepada CGT.
“Melalui pelbagai libat urus yang kami adakan mengenai perkara ini, menjadi perhatian kami bahawa bidang yang terjejas oleh CGT ialah unit amanah, berdasarkan lebih 90 peratus daripada pemegang unit amanah adalah individu,” katanya pada pelancaran Bursa Malaysia sebagai bursa pelbagai aset hari ini.
Beliau hari ini merasmikan pelancaran aplikasi baharu Bursa Malaysia untuk emas sebagai aset pelaburan — Bursa Gold Dinar (BGD) dan portal pelanggan baharu MyBURSA, platform baharu untuk menghubungkan pelabur secara langsung dengan wakil peniaga — Bursa Reach dan logo baharu Bursa Malaysia.
Sementara itu, Amir Hamzah menegaskan bahawa kerajaan masih mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak empat hingga lima peratus pada 2024 walaupun turun naik luaran mewujudkan risiko penurunan.
“Ini disokong oleh usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan permintaan domestik dan menjana lebih banyak pelaburan ke dalam negara,” katanya.
Beliau berkata pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani telah menunjukkan hasil positif. – SM
(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button