Uncategorized

Kriteria i-Sinar tidak menepati penggulungan oleh Menteri Kewangan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didakwa mengemukakan kriteria i-Sinar yang bertentangan dengan hasrat Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kriteria tersebut didakwa menyukarkan pencarum membuat pengeluaran berbanding apa yang diumumkan Tengku Zafrul dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2021.

Hal demikian menyebabkan rakyat menzahirkan kekecewaan dan marah terhadap KWSP dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menyifatkan mereka sebagai tidak menepati janji.

Malah, kriteria tersebut juga dilihat bertentangan dengan syarat yang dikemukakan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbahasan belanjawan peringkat dasar.

Antara yang pernah disebutkan beri kelulusan secara automatik kepada pemohon untuk mengeluarkan RM10,000 secara one-off.


“Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

“Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh YB Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.”

Kata Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menerusi satu kenyataannya mengulas maklumbalas diterima terhadap kriterian pengeluaran i-Sinar.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Facebook Najib Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjadi tempat mengadu netizen meluahkan kekecewaan terhadap kriteria i-Sinar.

Sebaliknya, Facebook milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan pula dipenuhi serangan kekecewaan terhadap kriteria tersebut dan meminta perhatian pemimpin kerajaan untuk menukarkannya kembali.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid memberitahu, BN dan UMNO dan sayapnya akan berterusan membawa isu KWSP ini dalam perhatian mereka.

“Ahli-Ahli Parlimen BN dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat.

“Di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik, amat wajar sekali kita mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.

“Justeru, saya meminta pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka.

“Tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum,” tegasnya. – SM

(Visited 673 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button