NasionalUncategorized

Berang disaman, lelaki baling gelas ke penguatkuasa DBKL

SEORANG lelaki tiba-tiba mengamuk dengan membaling gelas ke seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas keretanya di saman di Brickfields, Kuala Lumpur pada kelmarin.

Difahamkan kejadian melibatkan lelaki berusia 37 tahun itu2 berlaku kira-kira pukul 5.50 petang ketika penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin@Hilmi berkata, lelaki tersebut datang secara tiba-tiba dan menjerti serta membaling gelas tidak berisi air ke arah mangsa.

“Mangsa berjaya mengelak gelas tersebut dan menurut mangsa, lelaki itu bertindak sedemikian kerana berang keretanya yang terletak di tepi jalan telah disaman DBKL.

BACA> 53 motosikal, lapan kereta terbakar

“Lelaki itu juga terus mendekati mangsa dan marah kemudian beredar mengalihkan keretanya sambil berkata ‘jaga-jaga’ kepada penguatkuasa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, seorang daripada penguatkuasa DBKL yang lain telah menghubungi pihaknya sebelum satu tangkapan terhadap lelaki itu dibuat.

Jelasnya, hasil semakan dan siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai masalah mental dan terdapat rekod di Jabatan Psikatri dan Kesihatan Hospital Kuala Lumpur.

Ujarnya, lelaki itu telah diserahkan kepada keluarganya dan pihaknya kini sedang menunggu pengesahan tahap kesihatannya.

BACA> COVID-19: Tindakan Malaysia terhadap PTI berlandaskan undang-undang

“Orang ramai diseru supaya memberi Kerjasama kepada penguatkuasa yang menjalankan tugas,” jelasnya. -SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button