Nasional

KPKT salur RM5.21 juta tingkat infrastruktur awam di Hulu Selangor

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Nga Kor Ming telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.21 juta kepada penduduk Hulu Selangor dalam lawatan kerja bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Kor Ming telah turun padang meninjau projek beberapa projek bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina.

Ia termasuk Projek Membina Baharu 12 Unit Kiosk di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu; Projek Cadangan Membaik Pulih dan Menaiktaraf 10 Unit Gerai Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Jalan Abdul Hamid berhadapan Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu; Projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas; dan
Projek Membaik Pulih Tapak Badminton dan Memagar Kawasan Taman Permainan di Kampung Asam Kumbang.

Peruntukan tersebut meliputi 14 buah projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS manakala RM664 ribu disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor. Projek-projek tersebut meliputi:

1. Cadangan membaik pulih dan menaik taraf 10 unit gerai MPHS di Jalan Abdul Hamid berhadapan Pejabat Pos, Kuala Kubu Bharu;
2. Cadangan membaik pulih dan menaik taraf Pasar Awam Rasa, Hulu Selangor;
3. Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Astaka Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu;
4. Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Padang B Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu;
5. Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Di Taman Awam Jejarum @Bukit Beruntung (4 kubikel);
6. Membaiki dan menaik taraf Tandas Awam Medan Selera Batang Kali;
7. Membaiki dan menaik taraf Tandas Awam Pasar Batang Kali;
8. Cadangan menaik taraf Sistem Perparitan dan Kolam Takungan Jalan Bunga Cempaka, Taman Ehsan Ibu Fasa 2;
9. Menaik taraf Tandas Awam Pejabat Utama MPHS kepada Tandas Pintar;
10.Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan di Kg. Baru Bukit Chandang, Daerah Hulu Selangor;
11.Kerja-kerja menaik taraf pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang di Kg. Chuang Rasa, Hulu Selangor;
12.Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan yang sedia ada dan menaik taraf longkang di Kampung Baru Kuala Kubu Bharu Chuang Rasa, Hulu Selangor;
13.Kerja-kerja menaik taraf gelanggang pelbagai guna di Kampung Baru Tambahang, Kg. Stesyen (Ulu Yam Lama), Hulu Selangor; dan
14.Kerja-kerja menaik taraf Dewan Utama Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

Kor Ming turut menyempurnakan Majlis Perasmian Bomba Sukarela Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Bharu malah turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 dalam usaha meningkatkan kecekapan pasukan bomba sukarela.

Seterusnya, beliau turut melawat Kuil Sri Sithi Vinayagar, Kuala Kubu Bharu dan menyampaikan peruntukan berjumlah RM127,050 kepada Pertubuhan Berhala Sri Sithi Vinayagar bagi kerja-kerja membaiki bangunan keagamaan sedia ada.

Bukan itu sahaja, KPKT juga telah meluluskan RM250,000 kepada Persatuan Penganut Dewa Siaw Kong dan Dewi Lee Ma untuk membaiki keadaan bangunan rumah ibadat yang lama dan uzur.

Ia merupakan sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tidak kira agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan Tao.

Selain itu, beliau turut meninjau projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas, Selangor, yang telah siap dan diserahkan kepada penduduk yang amat memerlukan bagi menggantikan sebuah rumah yang amat usang dan tidak lagi selamat untuk didiami.

Menurut YB KM, “KPKT komited meneruskan Program Sentuhan Kasih KPKT berdasarkan keperluan dan sebagai salah satu inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor.

Peruntukan berlandaskan pelaksanaan ini bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan PBT di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. – SM

(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button