Nasional

Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap

SEORANG lelaki berusia 28 tahun yang baru aktif mengedar dadah sejak sebulan yang lalu ditahan polis di bawah blok sebuah flat di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

Turut dirampas bersama suspek ialah satu paket dadah disyaki jenis methamphetamines seberat 1 kilogram dan 100 keping foil disyaki pil erimin 5.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek baru sebulan aktif dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah.

BACA> Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap

“Semakan tekod jenayah pula mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai menjadi pembekal dadah kepada suspek.

Ujarnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM55,350.

BACA> Lesen Pengeluaran Filem, SSP untuk terbitkan filem wajib dimohon

“Suspek kini telah ditahan reman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawa Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button