Nasional

Kluster restoran, kluster jeti antara tiga kluster baharu Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesan tiga kluster baharu Covid-19 termasuk sebuah kluster melibatkan restoran makanan di Brickfields di ibu negara dan Kluster Jeti di Kuching.

Kluster Restoran Kuala Lumpur pula  melibatkan sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Sehingga pukul 12 tengah hari seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring.

Daripada jumlah saringan ini, 250 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti dua kes dikesan positif Covid-19 dan 248 adalah negatif.

“Kluster ini melibatkan dua bukan warganegara, iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8666) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” kata KKM.

Kluster Jeti pula dikesan di Sarawak. Sehingga pukul 12 tengah hari tadi seramai 25 orang nelayan telah disaring dan keputusan persampelan setakat ini adalah dua kes dikesan positif Covid-19 dan 23 adalah negatif.

“Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8736) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” kata KKM.

Kluster Rumah Kongsi Sepang melibatkan sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Sehingga 12 tengah hari tadi 96 orang pekerja telah disaring, iaitu terdiri daripada sembilan warganegara Malaysia dan 87 warga asing.

Warga asing melibatkan dari negara Indonesia (63), Banglades (22), dan Myanmar (2).  Keputusan persampelan setakat ini adalah dua kes dikesan positif COVID-19 dan 94 negatif.

“Kluster ini melibatkan dua  bukan warganegara iaitu satu warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8739) dan satu warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” kata KKM.-SM

 

 

 

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button