MahkamahNasional

Kes rasuah LGE, Betty Chew dan rakan ditangguh dua bulan lagi

TANGGUH dua bulan lagi. Itu keputusan mahkamah di Butterworth perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew serta rakan mereka, Phang Li Koon.

Ia susulan keputusan mahkamah membenarkan lanjutan selama dua bulan pada Oktober bagi memberi lebih masa kepada pihak defendan untuk meneliti banyak dokumen.

Guan Eng, Betty dan Li Koon sebelum ini didakwa menerima rasuah berhubung projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim berkata, permohonan lanjutan baharu dibuat oleh pihak pendakwa bagi membolehkannya mengemukakan lima lagi dokumen.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran dokumen tersebut.

Lanjutan itu juga bagi membolehkan pihak pendakwa mencetak semua dokumen yang dikemukakan setakat ini seperti diminta oleh pihak defendan.

Dokumen berkenaan sebelum ini dikemukakan dalam bentuk cakera padat.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

RSN Rayer mewakili pasangan suami isteri, Guan Eng dan Betty manakala Ruebankumar Asokan mewakili Li Koon.

Pada 11 Ogos lalu, mereka dituduh atas kesalahan berkait wang hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke akaun bank milik Betty yang juga menantu Lim Kit Siang bagi memastikan suatu projek asrama dianugerahkan kepada syarikat tertentu.

Mereka dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button