NasionalNegeriPendidikan

UniMAP fokus bangunkan bakat terbaik pelajar – Raja Muda Perlis

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang memfokuskan untuk membangunkan bakat-bakat terbaik di kalangan pelajar supaya tercipta warga yang egalitarian, berilmu dan berbudaya tinggi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pengurusan tertinggi sempena Sidang ke-5 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

UniMAP juga amat menitik beratkan inisiatif dalam Memantapkan Kepimpinan Dan Pembangunan Bakat Pelajar yang terdiri di kalangan mahasiswa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para pelajar merupakan tunjang utama dan merupakan kelompok terbesar yang menjadi sebahagian daripada warga universiti serta merupakan pemegang taruh yang paling besar, bahkan menjadi penanda aras kepada pencapaian sesebuah universiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan skrol kepada graduan sempena Sidang ke-5 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam menjadikan sesebuah universiti dan negara berpendapatan tinggi.

Sistem pendidikan tinggi negara perlu mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi, bagi memenuhi kehendak industri.

“Para pelajar perlu didedahkan dengan lebih dekat bersama pemain-pemain industri besar yang akhirnya memastikan pelajar boleh diterima bekerja di industri dengan memperoleh gaji premium atau upah yang setimpal”, titah Baginda lagi.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor UniMAP sempena Sidang ke-5 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pelajar luar negara sempena Sidang ke-5 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah UniMAP, Muhamed Ali Hajah Mydin, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli beserta pengurusan tertinggi universiti.

Seramai 424 graduan menerima skrol masing-masing daripada Raja Muda pada sidang kali ini yang terdiri daripada siswazah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FPK) dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN). – SM

BACA RaJa Puan Muda sempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button