NasionalUncategorized

Lelaki ditahan dera kanak-kanak dua tahun hingga maut

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia 2 tahun hingga maut di Pangsapuri Vista Damansara, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Lelaki itu ditahan pada pukul 12.40 tengah hari tadi di tepi Jalan Lagoon Perdana, Jalan PJS9/1, Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 11.45 malam semalam.

“Pengadu mendakwa kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan disyaki kerana didera di Pangsapuri Vista Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

BACA> Pandu lawan arus di laluan motosikal, pemandu Vios diburu

“Kita kemudian telah pergi ke lokasi kejadian dan membawa ibu serta mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, hasil siasatan awal pihak hospital mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa.

Jelasnya, wanita itu pada mulanya meninggalkan mangsa dirumah bersama suspek kerana ingin membeli makanan.

“Selepas pulang, mangsa didapati telah tidak sedarkan diri dan dipercayai telah didera oleh suspek yang kemudian melarikan diri.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu e-hailing juga merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa,” ujarnya.

BACA> Dr. Mohd. Khairuddin sudah dikompaun RM1,000

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman juga akan dibuat terhadap suspek untuk menjalankan siasatan. -SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button