Nasional

Kes koronavirus di Singapura meningkat

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan dua lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dikesan di republik itu, menjadikan angka keseluruhan jangkitan berjumlah 45 kes.

Menurut maklumat terkini MOH, kes pertama melibatkan seorang lelaki warga Singapura berumur 37 tahun yang bekerja di Certis Cisco Centre dan bertugas ketika Chingay 2020.

Kes kedua melibatkan kanak-kanak warga Singapura berumur dua tahun yang dibawa pulang dari Wuhan pada 30 Jan.

Menurut MOH, seorang lagi pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan seramai tujuh orang.

ARTIKEL BERKAITANKorban koronavirus terus meningkat, sudah mencecah 900 orang

Daripada 38 pesakit disahkan positif jangkitan virus yang masih berada di hospital, kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih sementara tujuh berada dalam keadaan kritikal, katanya.

Menurut MOH, daripada 23 jangkitan tempatan, siasatan epidemiologi dan pengesanan kontak menunjukkan terdapat hubungan antara 15 kes dengan tiga kes kluster yang diketahui setakat ini.

Kluster berkenaan berkait dengan The Life Church and Missions Singapore, kedai barangan kesihatan Cina Yong Thai Hang dan mesyuarat di Grand Hyatt Singapura dari 20 hingga 22 Jan lepas.- BERNAMA

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button