Nasional

Covid: Bilangan katil di MAEPS ditambah 6,132

KAPASITI katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ditambah sebanyak 3,032 katil.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Rohaizat Yon pertambahan tersebut mejadikan keselurhan katil untuk pesakit Cobid-19 adalah sebanyak 6,132 katil.

Usaha tersebut merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital sentiasa berada di tahap optimum berikutan kes harian yang tinggi dan jumlah kes aktif yang meningkat.

“Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa kedua melalui pembukaan dewan baru ini diperlukan kerana pertambahan kes positif Covid-19 yang berterusan.

“Pengoperasian PKRC MAEPS 2.0 diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,” jelas Dr. Rohaizat dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, bilangan katil di MAEPS akan terus dipertingkatkan sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa.

Sehingga semalam Malaysia mencatatkan kes aktif Covid-19 seramai 20,233 orang. Kes harian semenjak beberapa minggu lalu tidak kurang 1,000 kes dan adakalanya melonjak melebihi 2,000 kes sehari.

PKRC MAEPS 2.0 diwujudkan hasil persetujuan sidang Majkis Keselamatan Negara (MKN) dan merupakan satu kolaborasi yang dipengerusikan bersama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Agensi lain yang terlibat dalam usaha kolaborasi ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS.-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button