Nasional

Kilang, sekolah, kedai makan, Ikea boleh buka, kenapa parlimen tutup?

Semakin ramai mempersoalkan penutupan Parlimen atas alasan bagi menangani pandemik Covid-19 dan terbaharu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Situasi kata Fahmi menyebabkan pihak pembangkang tidak dapat melaksanakan tugas sebagai untuk semak dan imbang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau memberi contoh yang harus diperjelaskan status terkini peruntukan Belanjawan 2021 melibatkan dana RM150 juta untuk membeli 150,000 komputer riba yang akan disumbangkan kepada 500 buah sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata walaupun peruntukan itu telah diumumkan 6 November lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, pihak kerajaan masih belum mengumumkan sama ada laptop itu sudah diserahkan oleh para pelajar yang memerlukan.

“Sejak sesi persekolahan bermula dalam keadaan hampir kesemua pelajar terpaksa melakukan pembelajaran atas talian, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 nampaknya mungkin dilanjutkan berkali-kali, kita belum dengar berita status penyerahan laptop-laptop ini,” katanya.’

Justeru, Fahmi menggesa Tengku Zafrul untuk segera memberi penjelasan status 150,000 laptop.

“Apakah spesifikasi laptop, dan berapakah harganya, adakah vendor laptop itu dipilih secara tender terbuka atau rundingan terus.

“Bagaimana 150,000 pelajar ini dipilih, bagaimana 500 sekolah itu ditentukan, apa tindakan jika pelajar tiada internet di rumah, atau kawasan perumahan tiada liputan internet dan jika belum lagi diserahkan, mengapa?” soalnya.

Disebabkan terlalu banyak persoalan penting, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menganggap adalah wajar ia dijawab ketika sesi sidang Parlimen walaupun dalam tempoh darurat.

“Ini antara contoh soalan yang boleh ditanya dan wajib dijawab oleh menteri di Parlimen Malaysia. Jika tidak menjawab, berbohong atau mengelirukan Dewan, maka menteri boleh dikenakan tindakan. Inilah kepentingan Parlimen: meneliti tindak-tanduk eksekutif.

“Oleh itu, jika sekolah, kilang, kedai makan, masjid, mahkamah, IKEA, Victoria Secret dan banyak lagi boleh buka – Parlimen juga perlu dibuka. Demi semak imbang, demi demokrasi, dan demi mengangkat suara rakyat,” katanya.

Pada masa ini ibu bapa merungut kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan kemudahan untuk anak belajar secara dalam talian seperti telefon pintar dan komputer riba.

Sejak sekolah dibuka semula kelas dilaksanak dalam talian menimbulkan banyak masalah kepada golongan berpendapatan rendah yang bukan sahaja tidak berkemampuan, tetapi terjejas oleh keadaan ekonomi yang lembab sejak penularan Covid-19 lebih setahun lalu.

(Visited 930 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button