Nasional

Jumlah kes aktif Covid-19 melonjak melepasi 100 kes

SELEPAS berminggu-minggu kes aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 di bawah paras 100 kes hari ini ia melonjak kepada 103 kes.

Kes baharu terus mencatatkan dua digit dengan 15 kes dilaporkan hari ini. Kes baharu melibatkan 11 jangkitan tempatan dan empat kes import.

Kes jangkitan tempatan melibatkan lapan warganegara dan tiga bukan warga asing. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia melibatkan lima kes di Sarawak, Selangor (1), Sabah (1) dan Johor  (1).

Bagi kes jangkitan dalam negara di kalangan warga asing melibatkan satu kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur, satu kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang dan satu kes daripada Kluster Jeti Kuching.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) satu kes kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 123 kes.

“Kes kematian ke-123 (kes ke-8770) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok.

“Beliau merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020. Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan.

“Beliau disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.” kata KKM dalam satu kenyataan.

Sementara itu 7 lagi kes sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan keseluruhan mereka yang telah sembuh adalah seramai 8,553.-SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button