fbpx
Nasional

Kluster Menteri? Datuk Seri Hamzah Zainudin pula positif Covid-19

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 selepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia pagi tadi.

Pejabat Menteri dalam satu kenyataan berkata, Hamzah telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada semalam.

“Oleh yang demikian, beliau akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, beliau akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, semua kontak rapat Hamzah bermula 8 Januari sehingga semalam dimohon untuk menjalani ujian saringan Covid-19.


Hamzah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepada beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri juga telah disahkan Rina Mohd Harun disahkan positif COVID-19. -SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button