Berita

Negara tidak perlu sengketa merugikan – Raja Muda Perlis

Negara ini tidak memerlukan sebarang persengketaan yang boleh merugikan semua pihak. Malah tidak mustahil bagi mana-mana musuh negara baik dari dalam mahupun luar untuk menguasai kita dengan mudah. Apa yang diperlukan ialah keamanan, keharmonian dan kestabilan. Inilah asas kekuatan negara yang perlu dipelihara sepanjang masa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Kem Bukit Keteri, Padang Besar.

Keberangkatan tiba Baginda merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Mejar Kehormat Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Timbalan Komander rejimen berkenaan, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Haji Hashim.

Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak Rejimen 504 Askar Wataniah bagi meraikan bulan Syawal yang mulia yang disertai oleh seluruh warga Rejimen 504 dan berpeluang beramah mesra bersama Duli-Duli Tuanku.

GALERI

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button