Berita

Irmohizam anak watan pertama anggotai WTCA 2021 GAW

Buat julung kalinya PengarahEksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)merangkap Pengerusi Persidangan & Pameran Asia Pasifik (APAC) Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) akan menyertai World Trade Centers Association 2021 General Assembly Week (WTCA 2021 GAW) sebagai penceramahutama bersama-sama ahli MAC yang lain dari Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Dato’ Sri Dr Irmohizam merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia sertamerupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menyandangkerusi dalam persatuan ini.

WTCA 2021 GAW akan berlangsung di ibu pejabat PersatuanPusat Perdagangan Dunia di New York juga bakal diadakan secaramaya buat julung kalinya bagi mengekang penularan wabakCOVID-19. Perhimpunan ini akan berlangsung selama lima haribermula 26hb April hingga 30 April 2021. Perbincangan mengenaimasa depan dan hala tuju industri mesyuarat, insentif, persidangandan pameran (MICE) pada tahun 2021 oleh Dato’ Sri Dr Irmohizam dan ahli MAC yang lain akan berlangsung pada 27hb April 2021, jam 10 malam.

Industri MICE di seluruh dunia perlu mengambil segala peluangyang ada untuk terus memajukan industri ini dan bersama bangkitdari kesan pandemik yang telah menjejaskan ekosistempenganjuran industri MICE seluruh dunia. Saya juga akanmemperkenalkan taktik serta strategi baru yang dapat dilaksanakandalam memberi nafas dan harapan baru kepada industri ini demikelangsungan perjuangan tahun 2021. Saya sangat berharapindustri MICE di Malaysia terutamanya, dapat dilonjakkan dan dirangsangkan dengan lebih giat lagi selepas ini.” kata Dato’ Sri Dr Irmohizam.

Orang ramai boleh menyaksikan perhimpunan ini dengan melayaridan mendaftarkan diri melalui laman rasmi WTCA 2021 GAW di www.events.bizzabo.com/WTCAGA2021/home. Pesertaperhimpunan ini juga berpeluang untuk melakukan rangkaianperniagaan ke perniagaan (B2B) melalui platform ‘Artificial Intelligence Powered Matchmaking’ secara percuma.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button