Berita

Thaipusam: Komitmen terus hidup suasana aman, harmoni

Sempena Hari Thaipusam tahun ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berharap semua pihak bersama-sama menghayati semangat sambutan hari perayaan tersebut bersama kaum keluarga serta rakan taulan yang menganuti agama Hindu.

Kata beliau, sambutan Thaipusam di negara ini terus menjadi natijah daripada semangat perpaduan antara rakyat Malaysia yang sentiasa komited untuk terus hidup dalam suasana aman dan harmoni antara satu sama lain.

“Selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), kita haruslah bekerjasama dan berganding bahu bagi merealisasikan kesejahteraan sosial buat semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

“Dengan anjakan paradigma di dalam diri setiap rakyat, ini akan membawa Malaysia ke satu pencapaian yang tinggi di persada antarabangsa dan terus berdaya saing.

“Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang etnik mahupun agama, pasti mengharapkan masa hadapan yang lebih gemilang untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
-SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button