Nasional

Lagi anggota BN3 PGA ditembak petang tadi

SEORANG lagi anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera ditembak ketika mengawal sempadan di Pos M16, Bukit Kayu Hitam petang tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.15 petang ketika sedang melakukan kawalan sempadan.

Tembakan itu dipercayai dilepaskan dari arah negara Thailand dan terkena baju kalis pelurunya hingga mengakibatkan kecederaan ringan di bahagian perut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Anggota terbabit kini sedang mendapat rawatan akibat insiden tersebut.

“Maklumat lanjut berkaitan kejadian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata bahawa kejadian tembakan ke arah pihak berkuasa disyaki oleh penyeludup sudah terjadi tiga kali pada bulan ini.

Jelasnya, kejadian pertama berlaku pada 12 November diikuti 15 November dan terbaharu pada semalam hingga mengorbankan satu nyawa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, seorang anggota PGA BN3 maut manakala seorang lagi cedera selepas berbalas tembakan dengan 13 penyeludup dari Thailand.

Abdul Hamid berkata, anggota yang maut ialah mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang cedera di bahagian rusuk kanan.

Jelasnya, seorang lagi anggota iaitu Koperal Norihan A/L Tari, 39, pula terkena tiga das tembakan iaitu dia di bahagian perut dan satu di bahagian belakang badan dan kini sedang dirawat. -SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button