MahkamahNasionalNegeri

Buruh didakwa laku amang seksual terhadap budak 10 tahun

SEORANG buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun awal bulan ini.

Lelaki berusia 56 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pendang pada pukul 8.40 malam, 10 Disember lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh yang juga bapa lima anak itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.

Hakim Jean Sharmila Jesudason kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 19 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syaliati Mohd Sobri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button