Nasional

Meritokrasi penuh tidak boleh dilaksanakan jika ia tidak adil, kata PM Anwar

TINDAKAN afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata meritokrasi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan apabila ia tidak adil.
“Ada beberapa sekolah di Malaysia, kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan terbaik, bersaing dengan sekolah di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman… jadi perlu ada suatu bentuk sistem tambahan,” katanya.
“Anda boleh namakan ia sebagai tindakan afirmatif atau sokongan tambahan, tapi apa pun kita tidak boleh amalkan meritokrasi semata-mata semasa peluang untuk asas persaingan adil tidak disediakan,’ katanya semasa sesi soal jawab di University of California, Berkeley di sini, Selasa.
Kawasan San Francisco Bay Area sememang tersohor kerana menjadi pusat operasi kepada syarikat-syarikat besar di sunia yang tersenarai dalam Fortune 500, seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss, serta beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI), teknologi bio, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
“Pendedahan (pengalaman) ini juga akan memberi manfaat kepada negara apabila mereka kembali nanti.. tapi saya katakan begini, jika anda memutuskan untuk bekerja di sini, hantarlah lebih banyak dana untuk bantu ibu bapa di rumah,” katanya secara berseloroh, lalu disambut dengan derai ketawa kira-kira 250 pelajar yang hadir pada sesi itu.
Dalam nada yang serius kemudiannya, Anwar mengulangi tekad kerajaan yang sedang mengkaji pelbagai cara bagi menarik kelompok rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali menyumbang bakti dalam negara.
(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button