fbpx
Luar Negara

COVID-19: Askar Sepanyol temui mayat di pusat jagaan orang tua

Tentera Sepanyol yang ditugaskan untuk membantu memerangi wabak COVID-19 telah menemui pesakit tua dan mayat yang ditinggalkan di sebuah pusat penjagaan orang tua.

Tentera terbabit telah ditugaskan untuk melakukan melakukan pembersihan virus di pusat terbabit.

Sepanyol antara negara yang paling teruk diserang virus COVID-19 dengan ribuan kematian direkodkan di seluruh negara tersebut.

Menteri Pertahanan Sepanyol Margarita Robles dalam satu temubual berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan pusat terbabit yang mengabaikan warga emas berkenaan.

Jelas beliau, siasatan terhadap kejadian itu sedang dilakukan.


Jumlah korban akibat COVID-19 di Sepanyol melonjak kepada 2,182 pada Isnin selepas 462 orang meninggal dalam tempoh 24 jam.

Negara tersebut juga telah mengubah sementara gelanggang ais di Palacio de Hielo yang terletak di sebuah pusat membeli-belah di Madrid menjadi rumah mayat bagi menangani peningkatan kematian di ibu negara Sepanyol itu.

Pihak Dewan Bandaraya Madrid dilaporkan berkata, 14 perkuburan awam di bandar berhenti menerima lebih banyak mayat kerana kekurangan kakitangan dan peralatan pelindung yang tidak mencukupi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button