Nasional

UPSI perkasa puisi klasik Tamil Nallarkiniyan hingga peringkat antarabangsa

PERTANDINGAN Puisi Klasik Tamil Nallarkiniyan anjuran Persatuan Bahasa Tamil, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kali keempat mendapat sambutan dan berjaya melahirkan pelajar berbakat kreatif tahap antarabangsa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri M. Saravanan, yang merasmikan program itu menegaskan bahawa nilai-nilai kebudayaan dan khazanah keinsanan yang tersirat dalam puisi klasik harus diketengahkan kepada generasi muda sekarang ini.

Saravanan (empat dari kanan), Prof Marzita (enam dari kanan) , Mazura (tujuh dari kanan) dan Manonmani (tujuh dari kiri) meraikan kemenangan peserta di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penasihat pertandingan selama empat tahun, Prof Madya Dr Manonmani Devi, pensyarah FBK yang berjaya membawa pelajar-pelajar UPSI ke tahap antarabangsa malah berjaya menerbitkan buku puisi klasik yang pertama di Malaysia.

Dr Manonmani adalah tenaga pengajar kursus Yaapilakkanam (Tatabahasa Untuk Puisi Klasik) iaitu kursus perintis UPSI yang ditawarkan kepada masyarakat di seluruh dunia dan UPSI menjadi perintis dunia bagi penawaran kursus berkenaan.

Sebagai tanda sokongan terhadap program itu, M . Saravanan mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi penganjuran program ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

Bagi program tahun ini, beliau menyumbang sebanyak RM15 000 , manakala sebanyak RM 5,000 untuk Micro Credentials Yaappilakkanam yang membabitkan 50 pelajar.

Pada majlis sama, Saravanan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak kewangan RM 10,000 untuk pelajar semester empat TESL, Tharushiny A/P Francis Xaviar, mengikuti program pertukaran pelajarnya (ISEP) di Leibniz Universität Hannover, Jerman pada Oktober depan.

Sumbangan itu akan membantu Tharushiny menampung perbelanjaan melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan selama satu semester.

Kemuncak program adalah pengumuman pemenang bagi pentandingan Pertandingan Puisi Klasik Tamil Nallarkiniyan bagi kategori pelajar, orang awam dan penyair muda. Setiap pemenang membawa pulang wang tunai serta sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Pertandingan menyaksikan kategori pelajar, tempat pertama dimenangi Navin Ganeson; kedua, Sharan Suklam Athmalingam, manakala ketiga Logaraj Morgan.

Sharan Suklam Ahtma Lingam

Bagi kategori remaja pemenang pertama menjadi milik Thangamani Sugumaran; kedua, Mohamad Nawfal Aziz Abdul Aziz dan tempat ketiga disandang oleh Kumar Durairajoo.

Kategori dewasa menyaksikan Amirthalaksmi Batumalai memenangi tempat pertama; kedua, M.Arsaitamy Munusamy, dan ketiga Kumaran Veloo Ramasamy.

Prof Marzita beramah mesra dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil di Dewan SITC, kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Majlis turut meraikan lima penyair puisi klasik Tamil iaitu Tanasekaran Korakkee(Kovathan), P.K. Narayanan, Hajah Muhaidin, Murugan Solaimalai dan Tamotharan Mathvan( Tamilanban).
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Prof Dr Marzita Puteh dalam ucapannya berkata program itu dapat mencungkil bakat pelajar dari Persatuan Bahasa Tamil.

Beliau berkata UPSI sentiasa menyokong program seperti ini bagi melahirkan pelajar yang mempunyai nilai jati dari budaya inklusif Malaysia yang unik yang tidak mecicirkan budaya pelbagai kaum dalam mengharungi cabaran zaman moden sekarang ini.

Dekan FBK, Prof Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata FBK senantiasa menggalakkan pelajarnya menampilkan kreativiti termasuk dalam bidang kesusasteraan tradisional Tamil itu.

“Saya berbangga dengan kreativiti dan kemahiran yang ditunjukkan pelajar dan menyeru lebih banyak lagi pertandingan sebegini dilaksanakan,” katanya.
Hadir sama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Saipul Bahrain

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil, Sharan Suklam Ahtma Lingam yang berjaya menghasilkan buku koleksi puisi klasik yang berjudul “Vinnamutham” dinobatkan penerima Anugerah Penyair Muda Berbakat.

(Visited 722 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button