Nasional

Malaysia Madani ibarat langkah strategik membina semula negara yang pernah parah

Rakyat mengharapkan Kerajaan Perpaduan kekal dengan lebih lama dan membawa slogan Malaysia Madani dengan penuh komitmen.

Hal ini demikian kerana menerusi slogan Malaysia Madani, negara bukan hanya akan dipandang tinggi sebaliknya mampu pulih dari kerosakan yang parah.

Anwar berkata Madani, istilah yang telah lama disebut oleh pemikir, mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai dan akhlak serta tata kelola adil dan berkesan.

Beliau berkata Madani tidak sama sekali akan mengetepikan tonggak mendirikan sistem atau menegakkan sistem yang lebih mampan kepada sebuah negara.

Sehubungan itu, kata beliau langkah-langkah yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Feb ini bakal mengembalikan asas seperti mempercepatkan kelulusan dan menghentikan kaedah mendapat komisen yang bukan hak.


“Ini semua boleh menambah keyakinan dengan menegakkan sistem atau negara hukum yang tidak akan memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, dan tidak juga menindas atau menekan individu atau puak yang tidak mendukung kita.

“Ini yang disebut sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, berfungsi secara optimum dan kita selesaikan isu tata kelola dengan penyelarasan dan koordinasi tapi harus bermula dengan pengurusan atasan,” kata beliau.

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button