Hiburan

Kesihatan pelawak Datuk Jamali Shadat menurun

BERITA perkongsian ini dipetik daripada Facebook seorang rakan yang memaklumkan keadaan kesihatan pelawak veteran tanah air, Datuk Jamali Shadat tidak begitu memuaskan.

Jamali dikhabarkan hilang selera makan dan minum sejak beberapa hari lalu.

Menurut anak Jamali, Fauzi, bapanya terpaksa dimasukkan drip untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

“Dimaklumkan bahawa Datuk Jamali Shadat, 78, dalam keadaan yang sangat uzur.

“Datuk sudah tidak mampu makan dan minum sejak beberapa hari yang lepas dan kini bergantung pada cecair drip bagi mengelakkan dehidrasi,” demikian catatan di Facebook.

Untuk rekod, Jamali merupakan seorang pelawak tersohor tanah air yang terkenal dengan watak Atan dan Atok.

Beliau juga mampu menukar suaranya menjadi kanak-kanak bernama Atan ketika membuat persembahan.

Jamali kini menetap di Pulau Indah, Selangor.

Sama-samalah dipanjatkan doa kepada Ilahi supaya Datuk Jamali Shadat dikurniakan kekuatan dan kembali sihat seperti sedia kala. – SM

 

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button