Ekonomi

S&P yakin ekonomi Malaysia, kekalkan penarafan

S&P Global Rating (S&P) mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada A- dan ringgit pada A dengan prospek negatif.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku ABdul Aziz menyifatkan pengekalan pernarafan itu sebagai membuktikan kekukuhan kedudukan sektor luaran Malaysia dan dasar monetari yang fleksibel.

Pengekalan oleh agensi rating tersebut juga kerana yakin terhadap keupayaan kerajaan untuk terus menyokong kemampanan pertumbuhan dan mengekalkan daya tahan ekonomi dalam persekitaran tidak menentu.

Tengku Zafrul berkata, penarafan itu turut menunjukkan bahawa S&P yakin terhadap pentabiran negara ketika dunia berhadapan dengan tindakan semakan semula penarafan luar jangkaan.

“Ia menyaksikan di mana sekitar 20 peratus daripada negara yang diberikan prospek negatif pada akhir 2020 telah disusuli dengan tindakan penurunan penarafan oleh tiga agensi penarafan utama setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Tengku Zafrul, S&P turut menyatakan bahawa pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara bermula 1 Jun menunjukkan bahawa kes Covid-19 semakin terkawal.

Agensi penarafan berkenaan juga yakin ekonomi Malaysia berkemungkinan akan pulih secara beransur-ansur pada separuh kedua 2021.

Pemulihan tersebut hasil strategi berkesan kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi secara beransur-ansur.

Katanya, S&P secara khusus turut mengakui bahawa sektor pembuatan elektrik dan elektronik Malaysia yang maju terus berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan lonjakan permintaan global dan peningkatan teknologi baharu yang menyokong eksport bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Dasar kerajaan dalam menggalakkan pendigitalan dan pengunaan teknologi juga akan membantu merangsang prospek dan daya tahan ekonomi jangka panjang.

“Selain itu Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan asas pelan tindakan pertumbuhan mampan untuk memperkukuhkan keterangkuman sosio-ekonomi serta keletarian alam sekitar,” katanya.

Bagi memperkukuhkan prospek pertumbuhan ekonomi, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan berjumlah RM380 bilion sejak pandemin Covid-19 bermula tahun lepas.

Malah sebanyak RM322.5 bilion diperuntukan dalam Belanjawan 2021 yang akan menyokong pemulihan ekonomi sepanjang fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Pemantaian rapi oleh Agensi Pelaksana Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) menunjukkan sebanyak RM200 bilion telah disalurkan daripada pakej rangsangan dan bantuan ekonomi, memanfaatkan lebih 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan sejak Mac 2020,” kata Tengku Zafrul.

Melangkah kehadapan, momentum pemulihan pertumbuhan ekonomi Pelan Pemulihan Negara akan dipacu oleh keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan pencapaian sasaran nilai ambang PPN untuk pembukaan aktiviti ekonomi dan sosila yang lebih meluas.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, berpandukan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana, defisit fisikal 6 peratus yang disasarkan pada tahun ini diunjurkan berkurangan kepada purata 4.5 peratus pada 2021 hingga 2023.

Sehubungan dengan itu, kerajaan sedang menggubal Akta Tanggungjawab Fisikal dalam usaha menambah baik kehematan, tadbir urus dan ketelusan dasar fisikal berdasarkan amalan global terbaik.-SM

 

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button