Hiburan

Adakah undang-undang lesen kita jadi biadap? – Azhan rani

SUSULAN video tular mengenai seorang pak cik penjual jagung bersama penguatkuasa baru-baru ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Ada yang setuju dengan tindakan penguatkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas tetapi ada juga yang kasihan dengan pak cik tersebut kerana usahanya mencari rezeki seperti dihalang.

Antara yang turut terkesan daripada segi emosi bila melihat video tersebut ialah Azhan Rani yang menyifatkan bahawa undang-undang seperti menjadikan seseorang itu lebih biadap.

“Apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam dan hilang kesantunan terhadap orang tua?

azhan rani
Gambar dari IG Azhan Rani

“Apakah undang-undang menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?,” soal Azhan menerusi akaun Instagramnya.

Namun, Azhan berkata, mesti ada kisah sebenar diantara penguatkuasa hingga dia sanggup bertindak sekasar itu terhadap seorang pak cik tua.

Tetapi menurutnya, mesti ada kisah juga mengapa pak cik tersebut sanggup sehina itu mempertahankan barangan jualannya.

BACA> 191 rakyat Malaysia terkandas di luar negara dalam kategori kritikal

“Kita tidak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi.

“Undang-undang adalah kedaulatan yang harus dipertahankan, harus dihormati namun perlaksanaanya indah kalau menyantuni.

“Manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji,” jelasnya.

BACA> Perlekeh Hari Jawi, polis tahan 2 lelaki

Jelas Azhan lagi, mungkin mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh memperhalusi cara untuk menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berhemah untu mengelakkan dendam pada pihak yang dikenakan tindakan dan masyrakat.

Tambahnya, Malaysia masih aman dan kuat dengan toleransi, tidak sama dengan negara bergolak seperti rakyat Palestin dan tentera Israel. -SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button