fbpx
Jenayah

Kertas siasatan kes Hannah Yeoh dibawa kepada pendakwa raya

POLIS akan membawa kertas siasatan kes bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosialnya kepada pihak pendakwa raya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya dan akan diputuskan oleh pendakwa raya.

“Beliau (Hannah Yeoh) telah pun memberikan keterangannya… Kita akan hantar kertas siasatan kepada pendakwa raya dan biarlah pendakwa raya yang memutuskannya,” kata Huzir pada sidang akhbar di Bukit Aman, semalam.

Pada 23 Jun lalu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dipanggil ke Bukit Aman berhubung catatan yang dimuat naik menerusi laman sosialnya, Facebook, yang antara lain didakwa mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

BACA:https://suaramerdeka.com.my/polis-panggil-hannah-yeoh/


BACA: https://suaramerdeka.com.my/satu-jam-hannah-yeoh-disoal-penyiasat-bukit-aman/

BACA: https://suaramerdeka.com.my/dap-bantah-tindakan-terhadap-hannah-yeoh-malaysiakini/

Kenyataan yang dimuat naik oleh Hannah Yeoh itu didakwa ada kecenderungan menghasut dan menggugat ketenteraman awam.

Siasatan dilakukan pada 11 Mac lalu dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana kecederungan menghasut.

Juga diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mempunyai niat hendak mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – SUMBER BERNAMA-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button