JenayahNasionalNegeri

Pelajar berusia 13 tahun tunggang motosikal ibu ditahan JPJ Perlis

Pelajar berusia 13 tahun yang main rembat motosikal milik ibu akhirnya kantoi setelah ditahan pada Ops Khas Motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.

Berikutan itu pegawai JPJ mengubungi ibu pelajar berkenaan menerusi telefon bimbit yang turut didengar oleh Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah di lokasi operasi.

Pegawai JPJ menghubungi ibu pelajar yang ditahan tiada lesen memandu sambil didengar oleh Fatimah pada Ops Motosikal JPJ Perlis di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar, malam tadi.

Atas kesalahan itu, pelajar berkenaan disaman mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan motor di bawah umur yang mana.

Manakala pemilik kenderaan iaitu ibunya pula disaman di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Motosikal tersebut juga telah disita untuk membantu siasatan.

Warga India (berdiri) antara disaman pada Operasi Motosikal JPJ Perlis di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar, malam tadi.

“JPJ berharap ibu bapa janganlah sesekali membiarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal,” kata Fatimah pada sidang media semasa Ops Khas Motosikal malam tadi di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar, malam tadi.

Operasi ini diketuai oleh Fatimah yang melibatkan 40 pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ Perlis.

Sebanyak 119 dikeluarkan dan sembilan motosikal disita.

Beliau berkata, pastikan anak-anak hanya menunggang motosikal dengan lesen memandu setelah cukup umur.

“Tiada lesen, tiada cukai jalan masih lagi menjadi kesalahan yang sengaja diabaikan oleh penunggang motosikal,” katanya.

Pegawai Penguatkuasa melakukan pemeriksaan pada Ops Motosikal JPJ Perlis di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, malam tadi.

Katanya, dalam Ops Motosikal itu juga mengesan seorang pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) Rohingya dan seorang warga India menunggang tanpa lesen memandu.

Beliau berkata, sejak Ops Motosikal mulai 1 September lalu sebanyak 597 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal.

“Sebanyak 28 motosikal telah disita melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, tiada Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) serta melakukan pengubahsuaian motosikal yang tidak menurur kaedah pembinaan dan penggunaan (C&U) serta Seksyen 6 APJ 1987.

Fatimah berkata, pihaknya juga mengenalpasti lokasi panas bagi aktiviti merempit iaitu Jalan Kuala Perlis – Persisiran Pantai Sungai Baharu, Jalan Utan Aji – Mengkuang Layar, Jalan Kuala Perlis – Changlun dan Jalan Chuping – Kok Klang.

Beliau berkata, Ops Motosikal akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di kalangan penunggang motosikal di negeri ini. – SM

BACA “Wanted Person” ditahan Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button