Nasional

204 petugas pusat vaksinasi di Shah Alam positif Covid-19

Seramai 204 petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dijangkiti Covid-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dibuat ke atas kesemua petugas di situ pada 10 Julai.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin, mereka yang hadir mendapatkan vaksinasi di IDCC pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksanakan kawalan kendiri selama 10 hari.

Menurut Khairy, jumlah petugas di IDCC meruapakan 453 orang di mana di mana 88 peratus atau 400 orang daripada mereka sudah divaksinasi, sementara 12 peratus belum lagi divaksinasi.

“Saya telah mengarahkan supaya satu ujian saringan Covid-19 beramai-ramai ke atas petugas di IDCC dibuat sebaik sahaja kami mendapat laporan mengenai dua sukarelawan yang disahkan positif.

“Ujian ini telah dijalankan pada 10 Julai 2021 melibatkan kesemua petugas. Susulan langkah ini, setakat ini, sebanyak 204 petugas telah didapati positif,” katanya dalam satu sidang media mengenai penutupan PPV IDCC hari ini lapor Malaysiakini.


(Visited 181 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button