Nasionalpilihan

Nur Alia Maisarah penerima Anugerah Ikon Didik Asnaf MAIPs Arau

BEKAS pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka, Nur Alia Maisarah Abdullah terpilih sebagai penerima Anugerah Ikon Didik Asnaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi Kawasan Arau 2023.

Nur Alia Maisarah, 18, telah memperoleh 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs telah berkenan mengurniakan hadiah berupa wang tunai RM1,000 serta cenderamata daripada MAIPs di pekarangan Rumah Warisan Arau, baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli.

Nur Alia Maisarah anak seorang penoreh getah di Kampung Kubang Perun, Arau itu kini sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pelajar ini berpegang kepada prinsip sentiasa berfikiran positif dan percaya kemiskinan itu bukan penghalang seseorang untuk terus berjaya dan mengubah nasib keluarga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam titah, supaya para pelajar terutamanya golongan asnaf perlu menanamkan dalam diri masing-masing untuk terus bersemangat mencari dan mendalami ilmu pengetahuan kerana ia merupakan ‘harta’ yang tidak ternilai dan akan mampu merubah kehidupan serta masa depan mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di Arau baru-baru ini.

Mengambil sempena program yang diadakan bersekali dengan Kayuhan MAIPs Peduli tersebut juga Raja Muda turut berkenan singgah bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih di sepanjang laluan berbasikal tersebut.

Ketiga-tiga penerima bernasib baik tersebut ialah Jasmin Sabri, 63, Noor Mohamad Junus, 79, dan Norhayati Hassan, 52 tang masing-masing menerima wang tunai RM700, beras fidyah dan pek bantuan makanan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di Arau baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor mengiringi Baginda memaklumkan bahawa pihak MAIPs melaksanakan pembukaan Kaunter pada 30 & 31 Disember 2023 (Sabtu & Ahad) bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk memberi kesempatan kepada mereka yang ingin melaksanakan urusan bayaran zakat bagi haul berakhir 31 Disember ini.

Selain bayaran zakat melalui kaunter, para penyumbang juga boleh melaksanakannya melalui Amil Kariah masing-masing selain boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui laman portal MAIPs (www.maips.gov.my).

Semoga segala sumbangan diberkati dan diterima oleh Allah SWT. –SM

Artikel berkaitan > Nuramrul Amri Chan penerima Anugerah Peserta TDA MAIPs

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button