Nasional

Tindakan tegas terhadap individu tawar pakej umrah palsu

PENGUMUMAN yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan ibadah umrah berkemungkinan membuka peluang kepada penjenayah untuk menawarkan pakej umrah palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, setakat ini pihaknya belum lagi menerima laporan berkaitan kes-kes penipuan umrah.

“Tetapi kita memandang serius jika terdapat penipuan melibatkan pakej umrah dan akan akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan berwaspada jika ditawarkan dengan pakej umrah dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberitahu pihaknya akan siasat sebarang pakej umrah yang meragukan.


Malah, MOTAC juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk membenarkan rakyat tempatan mengerjakan ibadah umrah walaupun Arab Saudi memberi kebenaran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Dalam pada itu, Zainuddin juga berkata orang ramai perlu melakukan semakan yang sewajarnya dengan agensi yang bertanggungjawab termasuk MOTAC berkaitan ibadah umrah ini.

Tambahnya, orang ramai juga digesa membuat laporan polis sekiranya mengetahui kewujudan pakej umrah yang meragukan supaya siasatan sewajarnya dapat dilakukan. -SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button