Nasional

Kerajaan bentang pindaan mansuhkan hukuman mati mandatori

Kerajaan telah mengambil langkah pertama ke arah memansuhkan hukuman mati mandatori hari ini.

Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentangkan bacaan pertama pindaan tujuh undang-undang berasingan yang membawa hukuman mati mandatori.

Beliau berkata bacaan kali kedua akan dibentangkan pada persidangan sekarang.

Tujuh perundangan yang akan dipinda ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penculikan 1961, Akta Keadilan Jenayah 1953, Akta Senjata 1960, Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Senjata Api 1960.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori berikutan pembentangan laporan mengenai hukuman gantian bagi hukuman itu yang dibentangkannya dalam mesyuarat kabinet pada Jun lalu.


Tiga hari kemudian, beliau berkata pindaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentangkan untuk bacaan kali pertamanya di Parlimen bulan ini selepas kerajaan memutuskan untuk menggantikan hukuman itu dengan hukuman alternatif.

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button