Nasional

Bekas pembantu Perdana Menteri saman Wan Ahmad Fayhsal RM10 juta

BEKAS Setiausaha Politik Perdana, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, telah memfailkan saman fitnah menuntut pampasan RM10 juta daripada Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam saman itu, Farhash berkata Wan Fayshal telah memfitnahnya dengan mendakwa beliau dia terlibat dalam usaha menarik ahli parlimen pembangkang supaya menyokong kerajaan.

Farhash memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Jan, menurut Berita Harian.

Selain daripada pampasan RM10 juta, Farhash menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Dalam writ itu, Farhash berkata Wan Fayshal, ketua Pemuda Bersatu, membuat kenyataan berunsur fitnah mengenainya semasa sidang media di Parlimen pada 14 November tahun lepas.

Beliau berkata, Wan Fayhsal membayangkan bahawa Farhash telah bersubahat dengan, dan mengarahkan, seorang individu yang dikenali sebagai “Datuk Botak” untuk menawarkan rasuah atau mengugut ahli Parlimen dalam usaha mendapatkan sokongan kepada Anwar.

“Kenyataan fitnah itu memprejudiskan dan merendahkan watak profesional, kepimpinan, reputasi dan kredibiliti saya,” kata Farhash. – SM

(Visited 9 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button