Nasional

Biasiswa tajaan kerajaan Jepun sudah di buka untuk permohonan

Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2025 untuk program Sarjana Muda
(Undergraduate), Kolej Teknologi (KOSEN) Kolej Latihan Khas (Specialized Training College) dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) telah dibuka untuk permohonan.

Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen ( RM4,000) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda, Kolej Teknologi dan Kolej Latihan Khas, dan 143,000 yen (ang. RM5,000) untuk penerima biasiswa Ijazah Lanjutan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan).

Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Biasiswa ini dibahagikan kepada empat (4) kategori:

1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2025)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 1 April 2025 (dilahirkan selepas 2 April
    2000)
  • Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau
    Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  • Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlangbagi subjek lain.

2. Program Kolej Teknologi (KOSEN) (kursus diploma 4 tahun bermula dari April 2025)

Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 1 April 2025 (dilahirkan selepas 2 April 2000)

Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal(tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau
Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.

Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang
bagi subjek lain.

3. Program Kolej Latihan Khas (kursus diploma 3 tahun bermula dari April 2025)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 1 April 2025 (dilahirkan selepas 2 April 2000)
  • Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal(tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  • Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.

4. Program Ijazah Lanjutan (kursus 11⁄2 tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2025)

  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2025 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1990).
  • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana (minima CGPA 3.4) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN). Siswazah
    sarjana muda atau sarjana yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.
  • Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jpa.gov.my atau
    hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3053 atau [email protected] .

Tarikh tutup permohonan bagi Sarjana Muda (Undergraduate), Kolej Teknologi (KOSEN) Kolej Latihan Khas (Specialized Training College) adalah pada 5 April 2024 jam 4.00 petang. Manakala tarikh tutup untuk Ijazah lanjutan (Postgraduate) adalah pada 19 April 2024 pukul 4 petang.

Borang permohonan dan garis panduan boleh dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila
layari www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 138 [sarjana muda] /146 [ Kolej Teknologi dan Kolej latihan khas]/ 157 [ijazah lanjutan]) atau emelkan kepada [email protected]
Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan secara dalam talian.

Untuk membuat tempahan, sila emailkan maklumat anda ke [email protected]SM

(Visited 58 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button