Nasional

Pemandu e-hailing ditahan kerana samun dan cabul penumpang wanita

SEORANG pemandu e-hailing lelaki ditahan semalam kerana dipercayai menyamun dan mencabul penumpangnya, wanita berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

“Mangsa telah menaiki kenderaan e-hailing jenis Perodua Axia dari tempat kerjanya di Solaris Hartamas untuk pulang ke rumah di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Ketika dalam perjalanan, suspek telah membawa mangsa ke laluan yang berbeza hingga tiba di kawasan Air Terjun Sungai Tua, Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, suspek kemudian telah memberhentikan kenderaan dan menarik tangan pengadu sehingga jatuh terbaring.

Ujarnya, suspek telah menindih badan dan menutup mulut mangsa secara kasar sebelum merampas telefon bimbitnya.

“Suspek kemudian telah mengangkat mangsa sehingga separuh bajunya terangkat dan menarik tanggannya hingga ke belakang kereta serta memaksa mangsa membuka baju.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada penduduk setempat sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Susulan itu, jelasnya, satu tangkapan telah dilakukan ketika suspek hadir di perkarangan Balai Polis Selayang untuk memberi keterangan.

Tambahnya, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 392/354 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistres Selayang pada esok untuk permohonan reman. -SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button