Nasionalpilihan

Tommy Thomas akan disiasat kerana “My Story: Justice in the Wilderness”

Pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan ke atas beberapa dakwaan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai sistem keadilan negara dalam bukunya yang bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” akhirnya dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut Tommy bukunya itu.

“Berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam Buku tersebut kepada empat (4) isu utama seperti:

(i) Dakwaan ke atas Badan Kehakiman;
(ii) Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;
(iii) Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional; dan
(iv) Kenyataan berbaur hasutan.

“Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas laporan siasatan yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy,” katanya.

Siasatan akan dijalankan antaranya di bawah:

(i) Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan;
(ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948;
(iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan
(iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button