fbpx
Nasional

Pas tanpa had My30 dilancar hari ini

BERMULA hari ini rakyat Malaysia boleh menikmati pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pas tanpa had My30.

Dengan hanya RM30, penumpang boleh menaiki pengangkutan awam seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam Lembah Klang tanpa had selama sebulan.

Pada kadar RM1 sehari, pengguna boleh menaiki kesemua perkhidmatan seperti Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa, Monorel, Aliran Bas Rapid Trnsit (BRT) dan Bas RapidKL.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumum pada 5 Jun lalu.

“Dengan My30, penggunaan kesemua perkhidmatan tren dan bas Rapid KL menjadi RM1 sahaja untuk sehari.


“Bukan sahaja boleh digunakan tanpa had, tetapi perjalanan juga menjadi lebih lancar dan mudah kerana tidak perlu membeli token di stesen. Sememangnya ‘super jimat’.”

BACA > Ringgit dibuka rendah, RM4.27 sedolar AS — Suara Merdeka

Demikian kenyataan Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Abdul Rahman dalam sidang akhbar selepas melancarkan penggunaan My30 yang boleh digunakan mulai hari ini.

Beliau berkata lagi, perbandingan dengan My100 dan My50 yang diperkenalkan kerajaan pada 2018 adalah jauh lebih baik.

“Jika kad perjalanan tanpa had My100 dijulang sebagai pakej menjimatkan dan berbaloi, My30 ini adalah ‘super jimat’,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dalam usaha memastikan pengoperasian semula ekonomi.

Inisatif tersebut khususnya dalam meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam.

BACA > Dua wakil rakyat DUN Sabah keluar UPKO sokong PN — Suara Merdeka

“Ini merupakan satu skim yang sangat membantu kepada penumpang yang menggunakan pengangkutan awam di seluruh Lembah Klang.

“Saya bagi pihak Prasarana mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang bersetuju untuk mengadakan satu skim yang sangat murah ini.

“Kita berharap, ia akan membantu ramai penumpang yang dianggarkan jika wabak Covid-19 pulih mungkin 700,000 hingga 800,000 penumpang sehari,” jelasnya.

Prasarana menyediakan 122 kaunter LRT, MRT, BRT, Monorel dan lima hub bas bagi memudahkan orang awam mendaftar My30.

BACA > Agong santai makan roti tempayan di gerai — Suara Merdeka

Rakyat Malaysia perlu membawa Mykad atau MyTentera masing-masing dan pastikan terdapat kemudahan TouchNGo pada kad pengenalan untuk menikmatinya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button