Sukan

Bakat Muda Golf sedia untuk Kejuaraan TSM Golf Challenge minggu depan

TSM Golf Challenge kembali lagi, dengan kita bakal menyaksikan persaingan sengit 48 remaja lelaki dan 33 perempuan bersedia untuk merebut kejuaraan yang berprestij ini.

Edisi ke 13 juga menandakan ulangtahun penubuhan ke 20 bagi TSMCG yang turut menyaksikan kelainan kerana hadiah kategori Wanita dinaikkan setaraf hhadiah kategori lelaki.

Kejohanan TSM Golf Challenge pada tahun ini akan diadakan pada 19-22 Jun di KLGCC, East Course (Kuala Lumpur Golf & Country Club) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini terbuka kepada golfer amatur lelaki dan perempuan, mengikut Peraturan Status Amatur, yang merupakan warganegara Malaysia, berumur antara 13 hingga 21 tahun (lahir pada atau selepas 24 Jun 2001 tetapi sebelum 20 Jun 2010).

Terdapat 2 kategori untuk Kejohanan ini iaitu Boys (Under 21) – kategori MGA WHS Handicap Index 8.3 dan ke bawah DAN Girls (Under 21) – kategori MGA WHS Handicap Index 10.3 dan ke bawah.

Bentuk permainan untuk kejohanan ialah ‘Stroke Play’, yang akan dimainkan dengan tiga pusingan yang terdiri daripada 18 lubang.

Kejohanan dijangka sengit seperti biasa namun cabaran tahun ini membawa fokus baharu terhadap keselamatan dan keselesaan para pemain-pemain muda ini.

Bagi memastikan keselamatan pemain-pemain yang bertanding dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam menghadapi suhu cuaca panas yang tinggi, penganjur akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan para pemain bersedia dan selesa sepanjang kejohanan.

Khususnya, pengunaan “caddy” akan diberi fleksibiliti tambahan ketika para pemain melalui saingan yang menuntut fokus, sementara lebih banyak stesen air akan disediakan di lokasi strategik untuk memberi kesan stamina dan keselesaan yang sangat diperlukan ketika pusingan berlangsung.

Dengan langkah-langkah ini, Edisi ke-13 TSM Golf Challenge 2023 ini akan menjadi saingan yang adil dan menarik yang mempersembahkan bakat pemaing golf muda terbaik di negara ini.

TSM Golf Challenge sejak kejohanan sulungnya, telah menjadi arena bagi golfer muda amatur untuk bersaing dalam ranking dan berpeluang menjelajahi panggung antarabangsa.

Malaysia telah melahirkan beberapa pemain golf yang berjaya yang memulakan kerjaya mereka sebagai pemain amatur muda.

Antara mereka adalah Kelly Tan, Galven and Gavin Kyle Green, Ainil Johani Bakar, Nur Duriah Damian, Wafiyuddin Manaf, Ashley Lau, Ng Jing Xuen, Anson Yeoh and Malcom Ting.

Pemain-pemain golf ini telah berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, memenangi beberapa kejohanan dan mewakili Malaysia dalam pelbagai acara.

Dengan sokongan program latihan yang sesuai, serta mendapat bimbingan yang betul bersertakan dedikasi yang kental, pelapis-pelapis muda ini akan dapat mencapai impian mereka dan menjadi pemain golf profesional yang berjaya.

TSM Charity Golf, Tunas Bestari Golf Akademi dan Persatuan Golf Malaysia sentiasa bekerjasama dalam pencarian bakat-bakat baru sehinggalah mereka mencapai ketahap yang lebih tinggi dalam sukan golf.

Kejohanan amatur yang dibiayai sepenuhnya oleh TSM Charity Golf Foundation ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain-pemain muda mempamerkan kemahiran mereka, tetapi ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai laluan terbaik untuk mereka mengejar impian menjadi seorang pemain golf profesional yang berjaya.

Setiap tahun, TSM Golf Challenge terus menarik pemain-pemain muda berbakat dari seluruh negara, yang datang untuk bersaing dan menguji kebolehan mereka satu sama lain. Secara keseluruhannya, TSM Golf Challenge memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi seterusnya pemain golf dan mempromosikan pertumbuhan sukan di seluruh dunia.

Berikut adalah senarai penerima pencapaian TGBA dan pemenang-pemenang

TSM GOLF CHALLENGE :

1.Nur Maisarah Sa’ad- Universiti Utara Malaysia (Amatur)

2.Raashrikanesh Kanavathi – Universiti Texas (Amatur)

3.Ainil Johani Bakar – Pemain Golf Professional (MSIA)

4.Kelly Tan – Pemain Golf Professional (MSIA/USA)

5.Zulaikah Nasser – Universiti Texas (Amatur)

6.Winnie Ng – Universiti Washington (Amatur)

7.Adam Mazri Arif – Universiti Michigan (Amatur)

8.Ashley Lau – Pemain Golf Professional (MSIA/USA) – SM

BACA Gavin Green juarai Kejohanan Golf Trofi Tun Ahmad Sarji

BACA Primax juarai Kejohanan Golf Inter-Team Melaka 2022

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button