fbpx
Sukan

Aksi Oxlade-Chamberlain main flyboarding jadi bahan usikan Lovren

AKSI pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain sedang bermain flyboarding ketika bercuti telah dijadikan sebagai bahan gurauan oleh rakan seperjuangan yang turut merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris, Dejan Lovren, semalam.

Bintang antarabangsa England itu merakamkan gambarnya berjalan di atas air sewaktu menyertai percutian mewah di Ibiza, di mana dia turut meluangkan masa santainya itu bersama teman wanita yang merupakan penyanyi pop popular, Perrie Edwards.

Pada ketika para peminat menghamburkan pujian ke atas pemain berusia 26 tahun itu menerusi mesej yang menyatakan kekaguman mereka di dalam Instagram, bekas pertahanan Liverpool, Lovren pula bertindak sebaliknya.

Lovren yang menyertai juara Rusia, Zenit St Petersburg menerusi yuran perpindahan sekitar 11 juta pound (RM60 juta), bulan lalu, menerusi ruangan komen berkata: “Saya terkejut anda berjaya seimbangkan tubuh anda.”

Menjawab kembali usikan Lovren, Oxlade-Chamberlain yang memiliki hampir lima juta pengikut menjawab:


“Memang kelakar apabila komen ini datang daripada orang yang tak pandai main luncur ais.”
Lovren dan Oxlade-Chamberlain, berjaya membantu Liverpool menjulang gelaran Liga Perdana dalam tempoh 30 tahun, Jun lalu.

Pemain sayap itu meledakkan empat gol dalam saingan liga dan tiga jaringan pada Liga Juara-Juara, tetapi Lovren lebih kerap memanaskan bangku simpanan, dan melakukan 10 penampilan sepanjang kempen lepas.

Kedua-dua pemain itu juga merupakan anggota pasukan yang membantu skuad bimbingan Jurgen Klopp merangkul gelaran Liga Juara-Juara setelah menewaskan Tottenham 2-0 dalam perlawanan akhir, musim lalu. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button