fbpx
Bola SepakSukan

Burnley berjaya curi satu mata di Anfield

KUBU di Anfield dibina ke tahap seolah-olah tidak boleh ditembusi oleh sesiapa di bawah pimpinan Jurgen Klopp. Mana-mana pasukan yang datang pasti akan pulang kecewa.

Kekuatan itu juga yang memastikan Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Namun harapan untuk menamatkan musim ini dengan bergaya selepas mengecapkan kejayaan tersebut terutama memastikan rekod di gelanggang sendiri yang cemerlang tidak tercapai.

Rekod itu tercalar di kaki Jay Rodriguez dan tangan Nick Pope ketika Burnley menjadi pasukan pelawat pertama selepas Leicester pada Januari 2019 yang pulang dengan satu mata selepas beraksi di Anfield.

Pope merupakan inspirasi dan punca kenapa 24 kemenangan berturut-turut sang juara itu di gelanggang sendiri berakhir.


Liverpool menyasarkan menjadi pasukan pertama sejak Sunderland pada 1891-92 yang melengkapkan kempen semusim dengan rekod 100 peratus di gelanggang sendiri.

Tetapi Burnley yang turun dengan teratur, kuat dan penamat yang baik telah menghalang cita-cita tersebut.

Satu lagi rekod itu 100 mata yang dicatatkan oleh Manchester City, juga terjejas dengan keputusan seri itu, dengan pasukan bimbingan Klopp perlu menang semua baki tiga perlawanan untuk menyamai rekod tersebut.

Liverpool bagaimanapun selesa memastikan 58 perlawanan perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri yang mana ia seolah-olah akan berakhir jika cubaan  tanpa kalah jika cubaan Johann Gudmundsson pada hujung perlawanan tidak dihalang oleh palang gol.

Tandukan Andy Robertson merupakan satu-satunya yang dapat ditunjukkan oelh tuan rumah walaupun menguasai separuh masa pertama sebelum Rodriguez menyamakan kedudukan sebagai habuan untuk keyakinan Burnley pada separuh masa kedua.

“Tak dapat dinafikan saya rasa seperti kami kalah pada perlawanan iniu. Pada satu ketika ia seperti Liverpool lawan Nick Pope.

“Cabaran paling besar dalam bola sepak ialah ialah untuk mencipta peluang bagi mengatasi pasukan yang begitu terancang dan sikap yang memberangsangkan seperti Burnley,” kata Klopp.

Liverpool yang menguasai separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran menarik dan tepat.

Burnley terpakasa mengerahkan apa yang mereka ada hingga pertahanan kirinya, Erik Pieters telah dikerah ke kenan midfield bagi menahan tekanan.

Empat pertahanan yang ditempatkan oleh Sean Dyche juga terpaksa berhempas pulas menahan asakan sang juara yang menurun dua pemain daripada produk akademi Neco Williams dan Curtis Jones.

Kedua-duanya menunjukkan persembahan yang baik. – TheGuardian

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button